Wednesday, September 29, 2010

Di ambang permulaan baru atau pengakhiran sebuah kisah...

  Setelah difikir dan dipertimbang dan dihalusi dari setiap sudut dan perspektif, aku mulai mengubah persepsi dan tanggapanku sendiri, aku mula berkira-kira untuk membuat tindakan yang agak drastik.. tapi disebalik itu terbuku 1001 perasaan bercampur aduk yang membuatkan tindakan yang bakal diambil itu ditangguhkan buat waktu terdekat ini...
  Bermacam situasi,berbagai coretan memori suka duka telah dilalui, sesungguhnya aku  tak sanggup membiarkan segalanya itu terkubur begitu sahaja,.. biarlah ia menjadi satu renteten sejarah dan legasi yang akan terus dikenang kegemilangan dan keagungannya.
  Tetapi sampai bila hati dan perasaan ini pantas dan bisa untuk bertahan dengan terjahan-terjahan keras dan permainan emosi yang membuatkan ia kelihatan seperti kanser yang mencacatkan dan menyahfungsikan sistem yang kelihatan semakin longgar penguasaanya.
  Aku juga patut adil dan berfikir dengan lebih tenang dan tidak terburu-buru untuk terus membiarkan jiwaku terus diperlakukan tanpa sedikitpun belas dan ihsan oleh si penjaganya yang kelihatannya sudah sedikit turun minat dan keghairahannya dalam kisah ku ini..

Thursday, July 29, 2010

Entri tanpa tajuk...

Melewati hari-hari dan meniti usia membuatkan kau cekal dan bertambah ampuh..
Dengan lemparan dan terjahan keras menjadikan kau lebih kental..
Namun segalanya kau serap dan hadam tanpa rasa mual atau jelek.
Mlah kau masih bisa untuk tersenyum penuh makna,
   Andainya keampuhan mu tercabar, dan tiada lagi kesabaran  serta keteguhan menghadapi segala kepahitan.dan nanah-nanah noda dan dosa yang likat lagi memmualkan itu, apakah masih bisa untuk kau akan masih pantas bertahan .
   Terlalu sukar untuk meramalkan apa yang bakal berlaku kerna aku bukan lah pengamal paranormal mahupun dukun jauh sekali ahli nujum. Aku hanyalah insan lemah yang selalu khayal dalam urutan-urutan nafsu serakah yang merangkumi dan menusuk di setiap liang-liang tubuh ini, sedangkan aku juga tahu akan karma dan balasan balasan yang bakal di lemparkan kepada pelaku dosa dan para tentera-tentera iblis lakhnatullah....

Wednesday, July 28, 2010

Masih pantaskah aku untuk bertahan...

 Kebelakangan ini aku mulai menilai kembali persepsi diri atas semua perkara..
Aku juga tidak pasti sampai bila kondisi ini akan berlarutan. Perkara semudah 1, 2. 3 pun boleh membuat otakku ligat berfikir secara agresif... apakah aku sudah gila..?
    Ingin saja aku kembali liar dan agresif seperti dahulu.. Mungkin memang takdirku menginginkan aku untuk terus begitu.. Cahaya yang ku miliki tidak lagi galak dan terang seperti dulu..
Aku perlukan sedikit perhatian dan dorongan.. atau perlukah aku bergantung harap pada suplemen -suplemen
mengkhayalkan.. Ohh tidak aku sudah tidak ingin lagi menghampiri kemusnahan...
  TUHAN TOLONG AKU 

dan bila aku terasa tersisih dan terpinggir...

 Minda yang tercemar

Pemikiranku  datang setiap kali sisi melankolisku  ini mendominasi. Berpikir hal-hal terlalu terperinci. Bahkan yang tidak perlu aku pikirkan pun, jadi aku pikirkan dengan serius. Kali ini perenunganku  membawa aku kepada perasaan kehilangan. Kenapa bisa pikiran ini yang tiba-tiba muncul? Kerana lagu yang aku dengar bolak-balik selama tiga hari ini adalah Time To Say Goodbye, yang dipopulerkan oleh Andrea Bocelli. A great song, I love it

Kehilangan, bagiku, adalah kondisi ditinggal pergi. Bisa tiba-tiba atau telah direncanakan. Bisa terjadi berikutan suatu hubungan yang rosak, pergi ke tempat yang jauh, atau meninggal dunia.

Monday, April 26, 2010

ISNIN YANG PANJANG DAN DIKUASAI KEKEJAMAN

Kenape slalu hr isnin je aku jd bangang dan bengong nak pegi keje.
Di zaman serba maju ni masih lagi berlaku penindasan dan penyalah gunaan kuase oleh golongan2 yg berjawatan lebih tinggi terhadap pekerje bawahn....
  Bende camni mmg selalu terjadi.. GOLONGAN penindas ni layak dan sgt ngam dipanggil  FASIS..
Fasisme merupakan sebuah paham politik yang menjunjung kekuasaan absolut tanpa demokrasi. Dalam paham ini, nasionalisme yang sangat fanatik dan juga otoriter sangat ketara.
   Kenape aku membebel pasal benda alah ni.. sebab hr ni aku skali lagi ditindas oleh golongan atasan yg FASIS.. Aku disalahkan kerana bende2 bodoh yg aku tak buat.. siall tol 

Tuesday, April 20, 2010

Keje Keje Keje

em bosan tol kene keje hari2 kan..
dengan situasi politik yg tak stabil kat tempat keje aku ditambah plak macam2 urusan remeh temeh yg ntah ape2 jd trauma kau nak pg keje..
 tp memandangkan dedikasi dan mengambil kire banyak bil dan ansuran bulanan yg perlu diberskan, aku gagahi juge tuk pg keje..
  Tp skang sib baek ade semangat baru yg membuatkan aku rase energetik dan selalu passion hahahahahah

Curahan rasa

 Lame tak update blog ni..
bukan ape skang ni aku banyak keje.. bz dgn aktiviti seharian yang menagih aku auntuk lebih memberikan komitmen 110 peratus.
  ape boleh buat kene la bersaing tuk dapat yg terbaik, tp kadang2 bosan gak , asyik kesane sini tp hasil takdelah membolehkan aku untuk menjalani gaya hidup mewah dan urban pun,,
  gig pun dah lame tak layan, dulu selalu ikut eman (toxictoy) sakang ni beliau pun dah semnakin bz maklum lah dah kawin.  bile plak aku nak kawin  huhuh.
tp baru2 ni sempat gak beriadah ngan budak2 nervhous bermain futsal di samba futsal p.j. Aku yg anti sukan pun sempat main tok toxictoy dan kami jd naib johan hahahahhahah.